" ARGAN OIL SEBAGAI KOSMETIK KECANTIKAN
KULIT DAN PERUBATAN. "
Pada zaman sekarang ini, banyak produk kosmetik yang ada
dipasaran menawarkan produk yang dapat memberikan kandungan untuk kecantikan
kulit. Namun pada kenyataanya kandungan bahan yang terdapat didalamnya adalah
sangat merbahaya untuk kesihatan kulit. Minyak
Argan adalah satu produk alami yang dapat mengatasi masalah kulit.
Kandungan yang terdapat didalamnya sangatlah unik kerana di estrak dari biji
Argan yang asli yang terkenal dengan khasiat dan funsgi untuk mengatasi masalah
kulit, rambut dan kuku tanpa campuran bahan kimia.
Argan Oil bertujuan untuk pertumbuhan kembali sel-sel tubuh
manusia. Butiran berikut menerangan manfaat yang terdapat pada komponen minyak
Argan Oil.
1.
Asid
Lemak yang terdapat dalam minyak argan dapat mencegah dan mengurangi radang pada
kulit. Asid Lemak juga dapat menyembuhkan kulit yang merekah.
2. Kandungan
Squelene yang terdapat dalam sel kulit manusia dapat melembutkan kulit. Masalah
kekeringan yang terdapat pada kulit akan menyebabkan kedutan dan hilang
kelembutan. Minyak Argan dapat memperbaharui Squelene dan menjadikan kulit
manusia lembut dan lembab.
3. Sterols
dalam Minyak Argan akan melindungi protin penting yang terdapat di dalam sendi
tubuh manusia yang disebut dengan Kolagen sekaligus mencegah kulit dari
penuaan.
4. Kandungan
Fenolik di dalam Minyak Argan dapat melindungi tubuh dari pencemaran dan
radikal bebas.
5.
Kandungan
Vitamin E yang tinggi di dalam Minyak Argan dapat memperbaharui sel-sel kulit
dengan cepat. Ini menjadikan sel-sel mati pada kulit dapat diperbaharui dengan
cepat dan akan menjadikan kulit sentiasa anjal dan cepat menyembuhkan luka yang
disebabkan oleh jangkitan kulit, kecederaan dan kulit melecur disebabkan oleh
kepanasan.
Penggunaan Minyak Argan yang rutin akan membantu mengurangi
bekas parut dan warna tidak sekata pada kulit. Minyak Argan adalah 100% dari
bahan tumbuhan dan selamat digunakan untuk semua.
No comments:
Post a Comment